Monday, January 31, 2011

15 SEBAB MENGAPA ANDA PATUT MENYERTAI PLAN ETIQA TAKAFUL


 

1. Simpanan, Pelaburan dan Perlindungan Waktu Istimewa
Pelan yang berbentuk Simpanan, Pelaburan dan Perlindungan berasaskan umur, jantina, dan tempoh matang. Jika berlaku kematian atau hilang upaya seumur hidup, manfaat yang akan dibayar adalah berasaskan jumlah perlindungan. Jika tiada musibah yang berlaku sepanjang tempoh matang, akaun terkumpul dan keuntungan daripada simpanan terkumpul akan dipulangkan kepada peserta.

2. Jaminan Perlindungan Masa Depan Ahli Keluarga
Menawarkan pakej perlindungan setiap individu dan isi keluarga iaitu bapa, ibu dan anak-anak.

3. Perancangan Pendidikan Anak-anak ke IPTA/S
Tabungan perancangan pendidikan sambil membuat perlindungan  anak bermula umur 14 hari hinggalah 21 tahun. Selepas umur 21 tahun (tempoh umur matang), boleh keluarkan tabungan terkumpul dalam akaun peserta untuk membiayai kos pendidikan ke universiti atau kolej.

4. Jaminan Menunaikan Fardhu Haji
Melalui produk Mesra, sumbangan dalam Etiqa Takaful  akan memenuhi keperluan dan manfaat ke arah menunaikan fardhu haji selewat-lewatnya 10 tahun akan datang.

5. Perlindungan untuk Penyakit Kritikal
Pihak Etiqa Takaful akan membantu dari segi pembiayaan kos rawatan perubatan terhadap penyakit kritikal seperti barah payu dara setelah disahkan oleh doktor dalam tempoh 6 bulan.

6. Mendapat Manfaat Elaun Hospital
Kepada peserta yang menjalani rawatan di hospital kerajaan ataupun swasta lebih daripada 6 jam, boleh membuat tuntutan elaun hospital mengikut hari yang didiscashkan.

7. Operasi Takaful dipantau sepenuhnya oleh Majlis Pengawasan Syariah

Simpanan, Pelaburan dan Jaminan Perlindungan yang anda sumbangkan tidak perlu diragui lagi kerana diiktiraf oleh Majlis Pengawasan Syariah yang diketuai oleh Datuk Seri Hj. Harussani Hj. Zakaria, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

8. Pengharaman Insurans Konvensional Menurut Fatwa Kebangsaan
Semasa persidangan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-16 pada 15hb. Februari 1979, Insurans Hayat telah diharamkan kerana ianya bercirikan sistem muamalat yang fasid (rujukan: JAKIM 4000/1/4 Jilid 7). Dalam petikan Khutbah Jumaat pula oleh Datuk Haji Tamyiz Bin Abdul Wahid, Mufti Negeri Selangor pada 12 Mei 2000 antara lain menyebut "Ulama feqah telah memutuskan bahawa sistem insurans yang boleh diterima mengikut landasan syariah hendaklah berasaskan konsep takaful".

9. Perlu Bijak Dunia dan Akhirat
Seandainya anda membuat perlindungan di bawah syarikat insurans konvensional, anda cuma bijak di dunia. Akan tetapi sekiranya anda menyertai Etiqa Takaful pada hari ini, insyallah anda akan bijak di dunia dan juga selamat di akhirat kelak (Menawarkan khidmat rundingan  'penghijrahan' daripada syarikat insurans Konvensional kepada Takaful ).

10. Bersih Zakat
Sumbangan yang dibuat setiap bulan secara tidak langsung, pihak Etiqa Takaful telah membantu membersihkan harta kita melalui zakat dalam tabungan Takaful.

11. Pengecualian Cukai Pendapatan
Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri. Pihak Etiqa Takaful akan mengeluarkan Penyata Bayaran Tahunan untuk dikepilkan bersama Borang Cukai Pendapatan bagi tujuan pengecualian cukai.

12. Menikmati Perkongsian Untung (Mudharabah)
Para peserta akan menikmati hasil keuntungan pelaburan yang tidak bercanggah dengan syarat mengikut kadar Mudharabah yang telah dipersetujui oleh peserta dan syarikat. Pembahagian keuntungan dan lebihan adalah sebanyak 80% kepada peserta dan 20% kepada Etiqa Takaful  (win-win situation)

13. Amal Jariah (Tabbaru'at)
Falsafah Takaful mementingkan niat ikhlas untuk membantu di antara satu sama lain. Justeru, sumbangan kewangan untuk tujuan ini adalah berdasarkan kepada semangat tabarru' (derma) sesama umat Islam. Mengikut perkiraan secara komprehensif, peserta menyumbangkan amal jariah mereka sebanyak RM0.03 pada setiap satu saat sepanjang tempoh sumbangan.

14. Perlindungan 24 Jam dan di Seluruh Dunia
Berbeza dengan beberapa syarikat insurans konvensional yang lain, Etiqa Takaful memberi perlindungan 24 jam sehari dan di mana jua peserta berada sama ada di dalam atau luar negara.

15. Mendapatkan Keredhaan Dunia dan Akhirat
Selain  menyimpan, berlindung dan beramal jariah, penyertaan anda dapat membantu meningkatkan Dana dan Ekonomi Islam secara keseluruhannya.

Dengan menyertai pakej skim Etiqa Takaful pada hari ini juga dan membuat sumbangan setiap bulan, anda sememangnya berhak dan di jamin mendapat kesemua 15 manfaat di atas (15 dalam 1).

"Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antaramu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah, (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang ma'ruf terhadap diri   mereka. Dan ALLAH Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana". (Al-Baqarah: 240)

"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta…" (Hadis Riwayat Bukhari)


Perunding eTiQa
Shahril

Friday, January 28, 2011

Sahkan status syarikat baru melabur

KUALA LUMPUR 28 Jan. - Sahkan status sesebuah syarikat sebelum anda melabur.Itulah nasihat daripada Bank Negara Malaysia (BNM) kepada orang awam yang mahu melabur wang mereka agar mereka tidak menjadi mangsa kepada syarikat-syarikat palsu seperti skim cepat kaya yang menyamar sebagai syarikat pelaburan.

Bank pusat dalam senarai panduan mengenai isu-isu kewangan bagi orang awam dan pengguna hari ini, berkata sebelum melabur, seseorang perlu memastikan syarikat tersebut mempunyai lesen sah daripada pihak berkuasa seperti BNM, Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

BNM berkata, orang awam perlu berhati-hati dengan sebarang bentuk strategi pemasaran yang menjanjikan pulangan tinggi atau keuntungan tanpa risiko."Pulangan tinggi datang bersama risiko tinggi. Pastikan anda mengumpulkan maklumat tambahan mengenai syarikat tersebut," kata BNM.

Bagi mengesahkan status syarikat-syarikat, orang awam boleh menghubungi 
BNM di talian 1-300-88-5465 , SC (03-62048999/03-62048777) dan KPDNKK (1-800-886-800).

Mengenai perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) atau panggilan gurauan, terutama yang menjanjikan ganjaran tunai besar dengan syarat pemenang perlu membalas SMS itu atau menghubungi balik panggilan, orang awam perlu mengesahkan terlebih dahulu dengan memeriksa dengan BNM dan berhati-hati dengan panggilan sedemikian.

BNM juga memberi amaran kepada orang awam mengenai hadiah dan ganjaran daripada pihak yang tidak diketahui dengan membuka akaun perbankan Internet.
"Ini mungkin satu penipuan. Jika anda telah pun terlibat, hubungi dan buat laporan kepada bank anda dan pihak polis dengan segera untuk tindakan lanjut mereka. Juga sentiasa maklumkan kepada kami," kata bank pusat itu. 

Bagi perbankan Internet, pengguna dinasihatkan untuk mengelog keluar dengan betul selepas menggunakan perbankan Internet dan membuang cache memori selepas menyelesaikan urus niaga.
– BERNAMA

Wednesday, January 26, 2011

Benarkan hanya ejen Islam

Benarkan Hanya Ejen Islam

Saya tertarik mengulas mengenai semakin banyak syarikat insurans konvesional kini berusaha memohon lesen takaful. Sehingga kini sudah sembilan lesen takaful dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bagi merancakkan industri dan sistem kewangan Islam. Ia adalah satu kejayaan untuk negara kita yang mempunyai komitmen menyedarkan orang Islam memilih produk takaful berbanding konvesional.

Namun dalam hubungan ini saya ingin memohon perhatian dan tindakan BNM agar mewajibkan syarat hanya orang Islam sahaja boleh menjadi wakil untuk memasarkan produk berkenaan.

Banyak kesan negatif jika wakil bukan Islam dibenar memasarkan produk takaful hayat kepada orang-orang Islam. Ia seumpama 'masakan orang Islam' yang boleh dimakan bukan Islam. Tetapi 'masakan bukan Islam' (walaupun halal) harus dielakkan oleh umat Islam dan tentunya dikhususkan kepada bukan Islam.

Begitulah juga kiasan bagi produk takaful dan syarat menjadi wakil takaful haruslah beragama Islam. BNM dan Persatuan Wakil Takaful juga harus mengkaji syarat akad yang mesti dilakukan oleh wakil takaful. Bagaimana situasi ini apabila melibatkan penjualan produk takaful dari wakil bukan Islam kepada orang Islam?

Jika perkara ini dibiarkan, wakil atau ejen bukan Islam akan 'menjaja' ayat al-Quran dalam mencari pelanggan dan memperoleh pendapatan. Contoh ini sudah kita lihat dalam politik apabila ahli politik bukan Islam mencemarkan kesucian agama kita dengan menjaja ayat al-Quran.

Kehadiran agen takaful bukan Islam ini sebenarnya sudah berlaku apabila sebuah syarikat takaful tertentu membenarkan agen bukan Islam memasarkan produk takaful bagi 'meraih' komisyen daripada masyarakat Islam.

Mereka pasti akan memanfaatkan peluang sebagai agen takaful untuk pasaran masyarakat Islam. Cuba pihak BNM bayangkan apabila ejen ini menceritakan kehebatan sistem kewangan Islam dan takaful kepada pelanggan Islam sedangkan mereka sendiri bukan beragama Islam. Secara jelas sebenarnya ia lebih bermotifkan keuntungan dengan memperkudakan produk takaful.

Sehubungan itu, BNM dan Persatuan ejen Takaful perlu tegas dalam hal seperti ini. Pada masa yang sama, ia juga bertujuan agar nasib agen takaful yang beragama Islam lebih terbela di dalam industri ini.

Malah jika BNM atau syarikat takaful sangat berminat untuk membenarkan ejen bukan Islam menjual produk takaful keluaran syarikat mereka, saya ingin mencadangkan agar ejen bukan Islam ini hanya dibenarkan menjual produk takaful kepada kaum mereka atau pelanggan bukan Islam sahaja. Semoga melalui cara ini, dakwah Islam boleh disebarkan secara tidak langsung apabila wakil dan pelanggan bukan Islam melihat 'kecantikan' produk takaful berbanding konvesional.

Saya mengharapkan agar perkara ini diberikan perhatian khusus. Satu peraturan perlu segera dikeluarkan untuk menjaga nilai dan kemurnian produk-produk takaful serta sistem kewangan Islam.

MAN
Kuala Nerang, Kedah.
ARKIB UTUSAN FORUM : 21/01/2011 

Saturday, January 22, 2011

Ringgit Kukuh Kerana Keyakinan Pelabur


Ringgit kukuh kerana keyakinan pelabur
Keyakinan besar pelabur terhadap ekonomi Malaysia yang semakin meningkat sejak enam bulan lalu membawa kepada pengukuhan nilai mata wang ringgit, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

Beliau berkata, pengukuhan kewangan negara dilihat stabil sejak tahun lalu apabila negara memperoleh jumlah pelaburan yang paling tinggi daripada sumber dan produk Amerika Syarikat.

"Ekonomi negara beransur pulih walaupun sebahagian besar negara di dunia termasuk Amerika Syarikat dan di Eropah masih bergolak dalam penstukturan ekonomi mereka...ada di antara negara tersebut yang masih gagal menangani hutang kerajaan, menangani masalah pengangguran dan terpaksa memotong gaji kakitangan kerajaan sehingga 20 ke 30 peratus bagi mengatasi masalah itu.

"Negara bukan sahaja pulih ekonomi tapi satu-satunya negara mempunyai kemampuan taktik baru untuk laksanakan transformasi ekonomi menuju 2020 iaitu negara berpendapatan tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Surau Gerbang Meru Indah di Ipoh.

Beliau berkata, ringgit yang semakin kukuh disifatkan sebagai jentera memacu Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi seperti yang dihasratkan kerajaan menjelang 2020.

Ahmad Husni berkata, transformasi yang dirancang itu menarik keyakinan pelabur untuk melebarkan sayap ke Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

"Dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat di pasaran Asia, kewangan nilai mata wang negara kini berada pada kedudukan yang stabil...ini turut merangsang kedudukan itu apabila negara-negara besar dunia yakin dengan perubahan struktur terbabit yang juga dilihat dapat membantu memulihkan ekonomi mereka," katanya.

Beliau berkata, perkembangan rantau Asia yang kini menjadi pusat pertumbuhan ekonomi dunia juga turut menyumbang kepada pengukuhan ringgit.

Katanya, “perubahan itu turut memanfaatkan rakyat secara menyeluruh di dalam misi Malaysia untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, “

- Bernama

Tuesday, January 11, 2011

Etiqa sasar kutipan premium meningkat 15 peratus tahun ini

Etiqa sasar kutipan premium meningkat 15 peratus tahun ini

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Etiqa Takaful Bhd. (Etiqa) menyasarkan jumlah kutipan premium meningkat 13 hingga 15 peratus pada tahun ini berikutan peningkatan kesedaran terhadap takaful termasuk di kalangan pelanggan Melayu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shahril Azuar Jimin berkata, pihaknya optimis untuk mencatat peningkatan tahun ini.
Pada tahun lalu, Etiqa mencatat premium sebanyak RM2.4 bilion.
Shahril Azuar menjelaskan, pada 10 tahun lalu hanya 3.5 peratus orang Melayu berminat terhadap takaful tetapi jumlah itu melonjak kepada tujuh pada hari ini.
"Faktor lain yang dikenalpasti adalah peningkatan jumlah agen di seluruh negara yang kini mencecah seramai 22,000 orang," katanya selepas majlis pelancaran Takaful Keluarga oleh Bank Rakyat di sini hari ini.
Shahril Azuar berkata, Etiqa merupakan peneraju bagi pasaran takaful dengan menguasai lebih 48 peratus pasaran tempatan dan berusaha meningkatkannya dari tahun ke tahun.
Katanya, antara strategi pemasaran yang digunakan Etiqa adalah melancarkan produk baharu yang kompetitif dan mengadakan kerjasama strategik dengan beberapa buah bank.
"Hari ini kami bekerjasama dengan Bank Rakyat bagi melancarkan tiga produk Takaful Keluarga dan yakin produk ini dapat memberikan keuntungan kepada kedua-dua pihak.
"Bank Rakyat merupakan antara rakan perniagaan terbesar Etiqa dengan merekodkan lebih RM300 juta premium setahun," jelasnya.

Sumber: Utusan 12 Jan 2010

Sunday, January 9, 2011

Industri takaful tempatan dijangka berkembang 20 peratus

Industri takaful tempatan dijangka berkembang 20 peratus

KUALA LUMPUR 9 Jan. - Industri takaful di negara ini dijangka berkembang sekitar 16 peratus hingga 20 peratus tahun ini berdasarkan prestasi industri itu sejak dua tahun yang lalu.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas), Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, perkembangan perniagaan syarikat insurans dan takaful am saling bergantung dengan pertumbuhan ekonomi pada tahun ini.
''Jumlah gaji yang dijangka meningkat dengan ketara 1.3 peratus oleh 11.8 juta pekerja, sekali gus menambah pendapatan boleh guna yang bakal memberi kesan kepada perkembangan perniagaan hayat, insurans keluarga dan takaful,'' kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini.
Katanya, industri takaful kekal kukuh pada tahun 2010, dipacu oleh perniagaan baru takaful keluarga yang mencatatkan pertumbuhan 25.8 peratus manakala sumbangan dari takaful am meningkat sekitar 27.6 peratus bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun lalu.
Tambah beliau, berdasarkan prestasi sehingga Julai tahun lalu, kedua-dua sektor iaitu takaful keluarga dan takaful am merekodkan pertumbuhan sekitar 25 peratus seiring dengan kegiatan ekonomi yang teguh dan peningkatan perbelanjaan pengguna berasaskan pengalaman separuh pertama 2010.
Mengulas cabaran industri takaful, Syed Moheeb membayangkan perkembangan memberangsangkan dalam pembiayaan kredit runcit terutama berkaitan pembiayaan mungkin akan dikekang pada satu tahap.
''Bagaimanapun perkembangan ini akan menggalakkan operator takaful untuk mempelbagaikan fokus perniagaan mereka daripada produk perlindungan pembiayaan kepada produk pacuan agensi,'' katanya.
Ditanya sudahkah sektor takaful mencapai objektifnya di bawah Pelan Induk Sektor Kewangan (FSMP), beliau berkata, Bank Negara Malaysia menjangkakan sistem perbankan Islam dan takaful dapat mencapai 20 peratus dari keseluruhan pasaran perbankan dan insurans pada 2010.
Bagaimanapun, dalam perniagaan baharu, industri takaful telah melepasi sasarannya iaitu 28 peratus manakala bahagian pasaran takaful buat masa ini adalah sekitar 13 peratus.
Syed Moheeb berkata, pada 2011 ini, takaful akan terus mempertingkatkan penembusan takaful keluarga, terutamanya ke luar bandar, selain memberi fokus kepada segmen mikro takaful dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Dalam pada itu, beliau membayangkan kemasukan pemain baru takaful yang diberi lesen oleh bank pusat pada tahun lalu bakal membawa teknologi baru, standard perkhidmatan lebih tinggi dan produk inovatif ke dalam pasaran.
'' Ini bakal meningkatkan persaingan dalam industri,'' ujar beliau.
Mengulas keupayaan pemain takaful tempatan berkembang secara global, Syed Moheeb berkata, seperti insurans, pembangunan perniagaan takaful di sesebuah negara amat bergantung pada faktor tempatan.
Menurut beliau, undang-undang dan bidang kuasa tempatan berbeza dari satu negara dengan negara lain dan pembangunan perniagaan takaful luar pesisir memerlukan operator tempatan untuk menangani keperluan kawal selia dalam persekitaran asing.
''Satu idea yang mungkin dapat menangani cabaran ini apabila kerajaan membantu pengendali takaful mendapatkan pengiktirafan di pasaran asing,'' katanya.

Sumber: Utusan 10 Jan 2011

Thursday, January 6, 2011

Had Insurans kini RM250,000

Had insurans kini RM250,000

KUALA LUMPUR 30 Dis. - Cadangan had insurans sebanyak RM250,000 bagi setiap pendeposit telah diluluskan oleh Parlimen di bawah Rang Undang-Undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) 2010 yang baharu.
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) dalam kenyataannya berkata, dengan kelulusan itu had RM250,000 bagi setiap pendeposit di setiap bank ahli akan menyediakan perlindungan sepenuhnya bagi 99 peratus pendeposit runcit.
Rang Undang-Undang tersebut berkuat kuasa mulai 31 Disember 2010, sekali gus menggantikan Akta PIDM 2005.
Dengan adanya Rang Undang-Undang itu, ia turut meluaskan mandat, peranan dan tanggungjawab PIDM serta memberi kuasa dan instrumen yang lebih besar kepada perbadanan bagi memenuhi mandat melindungi pendeposit sekiranya berlaku kegagalan institusi ahli.
Malah, di bawah Rang Undang-Undang baharu itu, deposit dalam mata wang asing juga layak untuk mendapat perlindungan insurans deposit.
Had insurans ditambah bagi melaksanakan pakej perlindungan konsumer kewangan yang diperkukuhkan, juga merangkumi mandat PIDM bagi mentadbir Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans.
Sistem itu merupakan sistem perlindungan kerajaan yang eksplisit dan terhad bagi manfaat takaful dan insurans dan secara amnya, akan ditadbir mengikut pendekatan sama yang diperuntukkan bagi sistem insurans deposit yang sedia ada.
Syarikat insurans berlesen dan pengendali takaful berdaftar akan menjadi institusi ahli PIDM secara automatik.
Rang Undang-Undang itu turut merangkumi kuasa bagi PIDM melaksanakan intervensi atau resolusi terhadap ahli penginsurans yang bermasalah serta memastikan pembayaran balik dengan segera kepada pihak penuntut di bawah sijil takaful atau polisi insurans yang dilindungi di bawah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans.

Sumber: Utusan ,31 Dec 2010

Wednesday, January 5, 2011

Aminuddin Md. Desa ke PNB?


KUALA LUMPUR 3 Jan. - Selepas menafikan perkhabaran bahawa beliau bakal menyertai AmIslamic Bank, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Insurans dan Takaful, Datuk Aminuddin Md. Desa kini disebut-sebut pula akan memegang jawatan penting di Permodalan Nasional Bhd. (PNB).
Menurut sumber, Aminuddin dikatakan bakal memegang jawatan pengurusan kanan kewangan Islam di PNB.
Bagaimanapun, pelantikan dan jawatan yang bakal ditawarkan kepada beliau masih belum dimuktamadkan, kata sumber itu.
Difahamkan, pelantikan itu merupakan jawatan yang baharu diwujudkan.
Aminuddin ketika dihubungi Utusan Malaysia untuk mendapatkan pengesahan, berkata, beliau tidak tahu menahu tentang perkara itu.
''Saya tidak menerima sebarang tawaran dan buat masa ini saya masih berehat di rumah serta tidak mempunyai sebarang pekerjaan.
''Buat masa ini saya tidak terikat dengan mana-mana organisasi,'' kata beliau sambil secara menambah '' Saya masih menunggu tawaran.''
Aminuddin, sebelum ini telah meletakkan jawatannya selepas memutuskan tidak melanjutkan kontraknya di syarikat insurans dan takaful terbesar di negara ini, milik Kumpulan Malayan Banking Bhd. (Maybank).
Beliau yang berpengalaman selama 20 tahun dalam industri insurans, menerajui Etiqa sejak Oktober 2008.
Disember lalu, beliau menafikan spekulasi bakal menerajui AmIslamic Bank seperti yang diuar-uarkan, dan menyifatkan ia hanya khabar angin sahaja.
Peletakan jawatan Aminuddin itu dilihat mengejutkan kerana Etiqa baru sahaja selesai melaksanakan fasa terakhir penggabungannya dengan memindahkan perniagaan, aset dan liabiliti Mayban Life Assurance Bhd. kepada Etiqa Insurance Bhd..
Jenama Etiqa dilancarkan pada November 2007 selepas penggabungan Malaysia National Insurance Bhd. dan Takaful Nasional Bhd. dengan sektor insurans dan takaful Maybank dan Mayban Fortis Holdings Bhd.
Ia juga merangkumi Mayban Life Assurance Bhd., Mayban General Assurance Bhd. dan Mayban Takaful Bhd.

Utusan, 4 Jan 2011

RM12.2j Tuntutan Insurans Banjir

RM12.2j Tuntutan Insurans Banjir







JITRA - Etiqa Insurans dan Takaful menerima 1,419 tuntutan daripada pemegang polisi syarikat itu yang berjumlah RM12.2 juta akibat banjir yang melanda Kedah dan Perlis awal bulan lalu.
Ketua Jabatan Bankasurans, Etiqa Insurans dan Takaful, Norlia Mat Yusof berkata, kesemua pemegang insurans itu melibatkan polisi runcit dan komersial yang terlibat dalam bencana banjir di kedua-dua negeri tersebut.
Norlia memberitahu, tuntutan bagi kategori runcit melibatkan 1,380 pemegang polisi berjumlah RM7.59 juta dengan 687 daripada mereka sudah menerima bayaran berjumlah RM3 juta.
"Bagi polisi komersial pula melibatkan 39 kes dengan tuntutan berjumlah RM4.6 juta dan tuntutan itu dijangka dibayar dalam tempoh sebulan," katanya pada Majlis Penyerahan Cek Tuntutan Banjir kepada pemegang polisi Etiqa di sini semalam.

Sumber; Kosmo, 2 Dec 2010
NORLIA (kanan) menyerahkan replika bagi sumbangan 400 kampit beras kepada Pegawai Daerah Kubang Pasu, Datuk Noh Dahya pada Majlis Penyerahan Cek Tuntutan Banjir di Jitra semalam.

Tuesday, January 4, 2011

Produk Takaful disasar berkembang 15 peratus

Produk takaful disasar berkembang 15 peratus

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Produk takaful keluarga di Malaysia dijangka terus berkembang pada kadar 15 peratus tahun ini didorong oleh peningkatan sentimen pengguna dan kekuatan produk itu sendiri.
Pasaran takaful di Malaysia dan beberapa negara lain, secara amnya amat menarik kerana 65 peratus daripada produknya dibeli oleh orang bukan Islam, kata Dr. Manfred J. Dirrheimer, Pengerusi FWU AG yang merupakan peneraju perniagaan takaful dunia.
Beliau berkata, ini menunjukkan produk takaful itu mampu dijual, bukan kerana kepercayaan agama sahaja tetapi sebaliknya kerana ia mempunyai struktur yang kukuh dan menguntungkan.
Dirrheimer berkata demikian selepas membentangkan kertas kerja bertajuk 'Meneroka Potensi di dalam Insurans Hayat/ Perniagaan Takaful Keluarga sempena Konvensyen Pelaburan Syariah Antarabangsa' di sini hari ini.
''Pengguna sebenarnya melihat kepada kelebihan dan ketelusan sesuatu produk sebelum membuat sebarang keputusan dan faktor inilah yang menjadi kekuatan kepada produk takaful,'' katanya.
Dirrheimer juga meramalkan industri takaful global secara keseluruhan akan berkembang lima kali ganda dalam tempoh 10-15 tahun akan datang.
Beliau meramalkan pertumbuhan lebih besar bagi pasaran Arab Saudi iaitu sebanyak 40 hingga 50 peratus manakala Emiriah Arab Bersatu pada sekitar 30 peratus.
Dirrheimer juga menjelaskan, produk takaful keluarga mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding produk konvensional.
''Terdapat perubahan berbanding tiga atau empat tahun lalu dan jika dilihat penguasaan pasaran produk insurans keluarga semakin kehilangan penguasaan pasaran.
"Ini kerana produk-produk takaful keluarga kini lebih kompetitif dan mendapat permintaan," tambah beliau.

Sumber : Utusan ,1 Dec 2010

Kenapa perlu sertai plan eTiQa Takaful?

 1) Jaminan Pendapatan sebagai persediaan untuk persaraan anda masa depan.




Majoriti rakyat  Malaysia tiada persediaan untuk persaraan?

2) Jaminan Perubatan/ Pampasan Kemalangan/ Penyakit Kritikal




3) Pelaburan jangka panjang sebagai jaminan masa depan anda



4) Bantuan kewangan/ pampasan kematian dan sebagai harta peninggalan untuk keluarga anda , jika peserta meninggal dunia.



ETIQA TAKAFUL- PELAN TERBAIK BANYAK MEMBERI MANFAAT KEPADA ANDA!



Perunding eTiQa Takaful : Shahril
               

Insurans Konvensional Haram, Takaful Halal

Fatwa dari Mufti Perak (Tan Sri Harussani Zakaria )tentang Insuran konvesional mengandungi unsur Gharar, Riba dan Maisir
\
video



Ceramah dari bekas Mufti Perlis (Dr Mohd Asri Zainul Abidin)tentang insuran konvesional dan takaful

video

Mudharabah dalam
Etiqa
80% Peserta
20% eTiQa

Kenali Insurans Haram


SECARA ringkasnya, perbincangan hukum insurans dibincangkan dengan panjang lebar oleh ulama, terutama di kalangan ulama Asia Barat.

Oleh kerana sistem insurans adalah ciptaan yang dikira baru menurut zaman, iaitu sekitar 1666 di London, ia hanya menembusi dunia Islam Arab sekitar 1830.

Insurans konvensional adalah kontrak perniagaan yang termasuk dalam Kontrak Pertukaran Kewangan ('Uqud Mu'awadat Maliah).

Ia mewajibkan syarikat insurans membayar jumlah tertentu kepada pencarum insurans apabila berlaku beberapa jenis kemalangan atau musibah yang ditentukan di dalam kontrak (aqad) bersesuaian dengan kadar tertentu. Ia juga bergantung kepada jumlah caruman pencarum.


Kontrak insurans ini mengandungi ciri-ciri berikut:
1. Reda antara kedua-dua pihak (iaitu syarikat insurans dan pencarum).Ia ibarat kontrak perjanjian yang lengkap dan mengandungi aspek 'ijab dan kabul'.
2. Pihak yang memberi insurans, iaitu pihak syarikat insurans.
3. Pencarum, iaitu individu yang membayar jumlah tertentu dan yang membuat perjanjian dengan syarikat insurans.
4. Pihak yang menerima manfaat, iaitu seperti anak kepada individu atau isteri dan lain-lain.
5. Kebahayaan atau musibah. Merangkumi jenis musibah atau kemalangan yang diandai serta ditentukan di dalam kontrak seperti kecurian, kebakaran, kecederaan dan kematian.

Bentuk insurans adalah seperti insurans terhadap musibah menimpa tubuh, insurans nyawa, insurans harta dan pecahannya (kereta, motosikal, rumah dan lain-lain), insurans kemalangan jalan raya, insurans kerja dan sebagainya.

Bagaimanapun, ada beberapa sebab yang menjadikan insurans konvensional haram kerana ia turut 'diselubungi' riba.
Ia adalah perbincangan 'ilmiah' dan memerlukan 'basic knowledge' tertentu yang kukuh untuk memahaminya dengan sempurna.

Bagaimanapun, penulis akan cuba memudahkan dalil ini demi memberi kefahaman sebaik mungkin di kalangan pembaca.

Selebihnya pembaca perlu melakukan kajian dan rujukan kepada ilmuan
Takhassus Fiqh di universiti bagi mendapatkan penjelasan lebih terperinci.

Demi mendapat kefahaman sepenuhnya dalam bab ini, pembaca mesti mempunyai ilmu asas berikut:
1. Pembahagian kepada Aqad Mu'awadat (Pertukaran) & Tabarru'ah (Derma atau Sumbangan).
2. Riba dan pembahagiannya.
3. Syarat jual beli dalam Islam.

Menurut majoriti kumpulan ilmuan dan ulama Islam, insurans konvensional adalah haram kerana wujud unsur riba yang jelas di dalamnya.
Ini kerana, riba jelas wujud apabila syarikat insurans membayar jumlah tertentu kepada si pencarum yang terkena musibah.

Ia dianggap riba kerana wang (daripada pencarum) berbalas wang (daripada syarikat) dengan jumlah berbeza, padahal wang adalah unsur 'ribawi' (usurious items) sebagaimana enam unsur disebutkan Rasulullah SAW di dalam hadisnya.

Rasulullah SAW mensyaratkan dengan jelas, apabila 'bermu'amalah' di antara dua unsur ribawi yang sama jenis (contoh di sini adalah wang daripada pencarum dengan wang daripada syarikat insurans), ia mestilah terikat dengan syarat:
1. Sama Nilai (mathalan bi mathalin).
2. Diserahkan ketika mu'a- malah dilakukan. (Yadan diyadin)

Syarat ini bersumber hadis Al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
"Jangan kamu menjual emas dengan emas kecuali bersamaan nilaian dan timbangannya, jangan kamu melebihkan satu daripadanya di atas yang lain.

"Jangan kamu menjual emas dengan pulangan emas atau perak dengan pulangan perak kecuali (mestilah ia) dalam timbangan dan nilaian sama."

Maka, setiap perbezaan nilai (dalam unsur ribawi) dianggap Riba al-Fadl yang diharamkan (Tahrim Wasail).

Apabila pencarum mendapat pulangan wang dengan jumlah berbeza, maka berlakulah Riba al-Fadl.Ini kerana tidak wujud kesamaan nilai dalam urusniaga dua unsur ribawi itu.

Pembayaran yang bertangguh dalam dua barangan Ribawi adalah Riba An Nasi'ah yang diharamkan secara jelas oleh Allah SWT di dalam al-Quran.

Dalam hal insurans, sudah tentu berlaku penangguhan, iaitu apabila pencarum terkena musibah, baru akan dibayar jumlah tertentu.

Prof Dr Muhd Baltaji (ulama besar di Universiti Al- Qaherah - sudah meninggal dunia) menjelaskan, kontrak insurans sama sekali tidak boleh lari daripada Riba An-Nasi'ah.
Beliau juga menegaskan, mana-mana hujah untuk lari daripada anggapan riba ini adalah helah yang tidak sah menurut pandangan syarak.

Justeru, insurans berkenaan mempunyai unsur kedua-dua jenis riba seperti dinyatakan.

Walaupun ada kalanya pencarum tidak berniat mencari keuntungan daripada carumannya, bahkan hanya untuk berasa lebih selamat terhadap keretanya, rumahnya, ahli keluarganya dan sebagainya, tetapi ia tetap dianggap riba.

Zahir urus niaga insurans tadi cukup untuk dikategorikan sebagai riba, walaupun maksudnya tidak selari dengan riba yang sebenarnya (iaitu mencari untung).

Dalam berapa banyak kes, pasti kita mendengar ada individu sengaja membakar kilangnya akibat perniagaan yang rugi atau pembunuhan ahli keluarga untuk mendapatkan wang insurans bernilai jutaan ringgit.

Riba juga boleh berlaku dengan sangat jelas apabila wang caruman itu diperniagakan oleh syarikat insurans konvensional di dalam syarikat lain dengan kadar faedah tetap yang diharamkan (biasanya di bank konvensional, bukan secara mudharabah) atau mana-mana syarikat yang bermu'amalah secara riba. Berlakulah pertambahan wang caruman tadi hasil simpanan wang berkenaan.
Malah, keadaan lebih teruk jika syarikat insurans meletakkan wang itu di dalam syarikat yang melakukan urusniaga haram seperti arak atau perjudian.

Kesimpulannya, insurans konvensional itu menjadi haram kerana 'akad' yang diubah itu tadi.

Insurans konvensional menggunakan akad pertukaran milik harta (Aqad Mu'awadat Maliah) yang dikira sebagai akad jual beli.

Sebagaimana perlu kita fahami, akad jual beli memerlukan penjelasan dalam urusan membabitkan penjual, pembeli, benda yang dijual dan nilainya.

Dalam konteks insurans konvensional, ia boleh diibaratkan seperti berikut, iaitu syarikat insurans mempunyai masalah dalam urusan benda yang dijual.

Ini kerana apabila si pembeli membeli jaminan wang, ia dikira pertukaran matawang dengan matawang sama (RM kepada RM).

Ketika itu, ia sepatutnya menuruti syarat ditetapkan Rasulullah SAW iaitu serah terima dan jumlah sama.

Bagaimanapun, hal ini tentu tidak berlaku kerana:
a) Si pembeli (pencarum) meletakkan wangnya hari ini, dan jumlah tertentu dan jaminan itu pula hanya akan diberi kemudian. Ini menyebabkan ulama menganggapnya Riba Nasi'ah.

Si pembeli juga tidak tahu berapakah nilai jaminan yang bakal diperolehnya. Walaupun nilainya dinyatakan dalam skim insurans ini, syarat akad jual beli memerlukan si pembeli mengetahui dengan tepat berapa nilai yang akan diperolehnya.

Sudah tentu ini tidak akan dapat diberitahu oleh syarikat kerana musibah belum berlaku. Justeru, di sini pula ia dianggap 'Gharar'. Malah gharar juga di sudut pembeli yang tidak pasti adakah tahun itu ia akan berlaku kemalangan dan memperoleh benda yang dibelinya.

c) Ia dianggap judi pula kerana mempunyai elemen pertaruhan, iaitu meletakkan sejumlah wang bagi memperoleh sesuatu yang tidak pasti, dengan risiko wang yang diletakkan hangus atau tidak dikembalikan.

Pengharaman insurans konvensional disepakati ulama, antaranya As-Syeikh Al- Allamah Muhd Amin Ibn Abidin (1836), As-Syeikh Al- Imam Muhd Abu Zuhrah (meninggal dunia pada 1972, Prof Syari'ah di Universiti Kaherah, dianggap ulama terulung dalam Ilmu Fiqh), termasuk As-Syeikh Prof Dr Yusoff al-Qaradhawi.
Perlu diingatkan bahawa beberapa Nadwah, Muktamar dan mesyuarat yang menggabungkan ulama terulung seluruh dunia sudah beberapa kali diadakan.Di mana, mereka juga membincangkan mengenai kontrak insurans yang banyak diguna pakai pada masa kini.

Muktamar Agung Berkenaan Ekonomi Islam bersidang kali pertama pada 1976 di Makkah, di mana hasil keputusan mereka ialah insurans jenis perniagaan atau konvensional adalah haram. Sebab utamanya adalah ia mempunyai unsur riba dan Gharar.

Selain itu, Majlis Kesatuan Ulama Besar bermesyuarat pada 1977 di Arab Saudi turut menyatakan insurans jenis perniagaan adalah haram.

Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia (Majma' al-Fiqh al-Islami) yang bersidang lagi pada 28 Disember 1985 di Jeddah juga, memutuskan sekali lagi pengharaman insurans jenis perniagaan.

Majma' Fiqh juga secara nyata mengharuskan insurans jenis kerjasama (ta'awuni) atau TAKAFUL dan mencadangkannya sebagai alternatif insurans perniagaan dan lebih digalakkan
Sumber: Hamba Allah

Berhijrahlah dari Insurans Konvensional ke TAKAFUL


PERBANDINGAN ANTARA TAKAFUL DENGAN INSURANS



 Hukum Insurans dari segi Syarak
 dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia









Monday, January 3, 2011

Hampir pengsan bil hospital RM23,000

Kakitangan swasta kecewa tak dimaklum caj melebihi jumlah maksimum ditanggung insurans  KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan swasta dari Kluang, Johor, hampir pengsan apabila melihat bil perubatannya mencecah RM23,000 selepas 12 hari dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Batu Pahat kerana batuk selama dua minggu.
 Roslan Husin, 46, mendakwa pakar di hospital swasta itu bagaimanapun gagal mengesan punca penyakitnya sejak dia ditahan di wad hospital itu 4 Febuari tahun lalu, selain mendakwa caj ubat dikenakan berjumlah RM9,852 mahal dan melampau.
 Lebih menyedihkan, dia mendakwa kakitangan pusat perubatan swasta itu hanya memberitahu kos perubatannya melebihi jumlah maksimum perlindungan insuransnya iaitu RM15,000 selepas 11 hari ditahan di wad.
 “Saya terkejut, marah dan hampir pengsan apabila diberitahu bil perubatan saya melebihi RM15,000 yang ditanggung syarikat insurans. Saya persoalkan kenapa hanya diberitahu selepas ia lebih daripada jumlah itu, kenapa tak beritahu awal,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu.
 Roslan berkata, dia pergi ke hospital swasta setelah dinasihatkan oleh doktor klinik panel syarikatnya kerana mereka gagal mengesan punca batuk dialaminya.
 “Mereka periksa saya macam biasa, tidak buat apa-apa kecuali membuat imbasan x-ray dan masukkan wayar dalam hidung. Pakar di situ kata saya menghidap asma tetapi saya tak percaya, saya cuma batuk-batuk. Kemudian mereka datang dan beritahu bil perubatan saya mencecah RM23,000 menyebabkan saya terkejut,” katanya.
 Dia tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan namun, pihak hospital yang gagal mengesan punca penyakit tetap memintanya tinggal di wad selama dua hari lagi.
 “Saya tolak permintaan mereka menyebabkan doktor pusat perubatan pakar itu menulis surat untuk merujuk saya ke Hospital Kluang, tetapi doktor hospital kerajaan beritahu pada saya, kalau pakar pun tidak dapat kesan apa punca penyakit saya, tak guna untuk saya dimasukkan ke hospital kerajaan,” katanya.
 Katanya, selepas keluar dari hospital swasta itu dia mencuba kaedah perubatan tradisional dan penyakitnya kini sembuh.

Berita Harian, 28 November 2010

Rintihan pesakit ; Ramai akui bil rawatan, ubat hospital swasta mahal, melampau

KUALA LUMPUR: Orang ramai mengakui kadar caj rawatan dan ubat-ubatan yang dikenakan hospital swasta mahal, tidak munasabah dan melampau walaupun perkhidmatan yang diberikan tidak jauh berbeza dengan hospital kerajaan.

Ini berdasarkan pengalaman mereka selepas mendapatkan rawatan atau perkhidmatan kesihatan di hospital swasta dan menganggap tindakan operator hospital swasta itu membebankan pesakit.

Beberapa pembaca Berita Harian juga berpendapat ada hospital swasta mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi jenama hospital dan doktor pakar yang bertugas di hospital berkenaan untuk mengenakan kadar caj yang tinggi kepada pesakit.

Justeru, mereka meminta kerajaan mengambil tindakan tegas berhubung perkara ini, termasuk memantau dan mengawal kadar caj serta kos perubatan yang dikenakan hospital swasta kepada pesakit.

Seorang pembaca dalam komennya menerusi laman web Berita Harian Online (www.bharian.com.my) semalam, menggesa Kementerian Kesihatan memantau operator hospital swasta yang `menjaja status pakar dengan tujuan menarik pesakit mendapatkan rawatan dan dikenakan caj yang mahal.

Hospital swasta kerap menggunakan status pakar untuk menaikkan caj perubatan, walhal doktor yang merawat adalah doktor sambilan dari hospital kerajaan. Saya harap kerajaan benar-benar serius kerana orang ramai memilih hospital swasta bukan kerana mereka ada duit banyak, tetapi mahukan keselesaan, cepat dan perkhidmatan berkualiti, kata pembaca yang menggunakan nama Ali Abi Talib.

Doreyfien Yohanes pula menyokong jika kerajaan mengambil tindakan terhadap hospital swasta yang menjual ubat tidak diperlukan pesakit kerana ia menyebabkan kos yang perlu dibayar pesakit meningkat.
Pembaca yang menggelarkan dirinya Pak Cik Din pula berkata, kementerian perlu memantau hospital swasta terutama pemberian ubat kerana pesakit biasanya tidak mengetahui jenis ubat yang mereka perlukan untuk rawatan penyakit yang dihidapi.

Apa yang diberi hospital itulah yang diambil. Harga ubat dan kos rawatan pun pesakit tidak tahu. Mereka terpaksa melunaskan bil yang dikenakan hospital swasta, katanya.

Sementara itu, tinjauan Berita Harian mendapati orang ramai berpendapat tidak semua pesakit mampu menampung caj hospital swasta, namun tidak mempunyai pilihan kerana tidak sanggup menunggu lama bagi mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

Mereka mendapatkan rawatan di hospital swasta kerana lebih mementingkan kualiti perkhidmatan berikutan sukar memperoleh perkhidmatan rawatan dalam kadar segera di hospital kerajaan.

Pesara, Murtapiah Ahmad Subari, 60, berkata beliau menghantar ahli keluarganya menjalani rawatan di hospital swasta kerana tidak mahu menunggu giliran terlalu lama di hospital kerajaan.

Tidak semua pesakit mampu menampung caj hospital swasta, namun mereka tidak mempunyai pilihan kerana tidak sanggup menunggu lama bagi mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, katanya.

Bagaimanapun, pekerja swasta, Mohd Hasrul Hamidan, 23, berpendapat tidak salah mendapatkan rawatan di hospital swasta jika mempunyai sumber kewangan atau berpendapatan tinggi.

Caj perkhidmatan rawatan di hospital swasta walaupun mahal tetapi setimpal dengan mutu rawatan yang diberikan. Persepsi gagal membayar caj yang dikenakan tidak wajar kerana pesakit dibenarkan berunding dan berhak mengemukakan pertanyaan mengenai jumlah yang dimaklumkan doktor sebelum menjalani rawatan di mana-mana hospital swasta, katanya

Berita Harian, 23 November 2010

Penjawat awam mangsa banjir boleh tuntut insurans

Penjawat awam mangsa banjir boleh tuntut insurans
2010/11/10

KUALA LUMPUR: Mangsa banjir di Kedah dan Perlis daripada kalangan penjawat awam yang mempunyai pinjaman perumahan dinasihat supaya mengemukakan tuntutan insurans bencana alam kepada panel insurans masing-masing.

Perbendaharaan Malaysia, dalam kenyataan hari ini, menyatakan tuntutan insurans itu meliputi kerosakan struktur bangunan iaitu dinding, lantai, atap, siling dan sebagainya, pecah rumah dengan tujuan mencuri semasa banjir dan tangki air pecah.
Menurut kenyataan itu, kecederaan orang awam iaitu pihak ketiga akibat kemalangan dalam rumah, perbelanjaan hotel atau rumah sewa dalam tempoh baik pulih yang tidak dapat didiami dan kehilangan pendapatan sewa rumah kerana tiada penyewa dalam tempoh rumah dibaiki atau enam bulan yang mana terdahulu juga boleh dituntut.
"Tuntutan boleh dibuat dengan mengisi borang yang telah ditetapkan bersama dokumen yang perlu dilengkapkan bagi prosedur tuntutan," menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat dan bantuan mengenai tuntutan, mangsa diminta terus berhubung dengan panel insurans yang melindungi pinjaman masing-masing.

Panel insurans itu ialah Etika Insurans dan Takaful
cawangan Kangar (04-9761106);
cawangan Alor Setar (04-7315440);
cawangan Sungai Petani (04-422643);
CIMB AVIVA cawangan Utara di Pulau Pinang (04-2288018);
atau talian terus 03-26928188;
Takaful Malaysia cawangan Alor Setar (04-7334722);
cawangan Sungai Petani (04-4214510);
Pusat Khidmat Pelanggan di Kuala Lumpur
(Encik Nor Arisfazlee Saat-1300-8-TAKAFUL (8252385) atau email csu@takaful-malaysia.com.my.

Bagi Takaful Ikhlas di Putrajaya, mangsa banjir boleh menghubungi Roslina Daud (03-88903100) atau Mohd Farhey Mohamad Taufik di Sungai Petani (04-4228100).
Bahagian Pinjaman Perumahan meminta mangsa yang terbabit segera mengemukakan tuntutan untuk mempercepatkan proses pembayaran pampasan.

Maklumat lanjut boleh dilayari di laman web www.bpp.treasury.gov.my. - BERNAMA

Sumber: Berita Harian 10 Nov 2010

Bil Perubatan Hospital Tinggi

Parah bil hospital

Ramai hutang kad kredit, bank untuk jelas kos perubatan swasta tinggi

KUALA LUMPUR: Penggunaan kad kredit atau pinjaman bank untuk membayar kos perubatan yang tinggi di hospital swasta kini menjadi punca utama kegagalan pembayaran balik pinjaman bank dan kad kredit oleh individu.

Mengikut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) penggunaan kad kredit tidak terkawal kini bukan lagi menjadi faktor utama bagi masalah kegagalan pembayaran balik pinjaman.

Sebaliknya, badan yang menguruskan RM4.8 bilion hutang tidak berbayar (NPL) membabitkan 50,361 individu itu mendapati pembiayaan kos rawatan dan perubatan yang tinggi ketika ini mendorong individu untuk berhutang sehingga di luar kemampuan.

Ketua Eksekutifnya, Mohamed Akwal Sultan, berkata kebanyakan individu yang dirujuk kepada Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK menjelaskan, mereka lebih cenderung mendapatkan perkhidmatan rawatan dan perubatan yang dikatakan lebih baik di hospital swasta berbanding di hospital kerajaan walaupun ia membabitkan kos besar.

“Setakat Oktober lalu, 26 peratus kegagalan pembayaran balik pinjaman langsung bank atau kad kredit yang dirujuk kepada AKPK adalah perbelanjaan perubatan tinggi disebabkan kos sara hidup semakin meningkat.

“Penggunaan kad kredit tidak terkawal tidak lagi menjadi faktor utama kegagalan seperti pada dua atau tiga tahun lalu,” katanya kepada Berita Harian.
Beliau berkata, selain kos perubatan tinggi, punca lain yang dirujuk kepada agensi itu ialah kelemahan pengurusan kewangan (25 peratus), kegagalan perniagaan (13 peratus), kehilangan pekerjaan (12 peratus), manakala dua peratus akibat kegagalan pelaburan.

Penggunaan kad kredit tidak terkawal pula, katanya, hanya mewakili 15 peratus.
Katanya, hampir 70 peratus kes gagal membayar balik pinjaman itu adalah membabitkan penggunaan kad kredit, manakala 30 peratus lagi pinjaman peribadi serta sewa beli.

Daripada RM4.8 bilion NPL yang diuruskan AKPK ketika ini, Mohamed Akwal berkata, RM2 bilion membabitkan pinjaman perumahan diikuti kad kredit (RM1.1 bilion) serta sewa beli sebanyak RM713 juta.

Katanya, jumlah itu membabitkan kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan 135,805 individu yang datang ke AKPK untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling serta khidmat nasihat berhubung pengurusan kredit.

Beliau berkata, tahun ini saja 25,353 individu memohon khidmat nasihat serta bantuan AKPK dan hanya 13,017 dirujuk kepada program PPK, antaranya bagi penstrukturan semula pinjaman.

Bagaimanapun tahun lalu, katanya, 36,848 individu tampil dan 16,184 daripadanya mengikuti program berkenaan.

“Tahun lalu, lebih ramai mendapatkan bantuan daripada AKPK kerana krisis ekonomi yang melanda. Namun, mulai Oktober tahun lalu, keadaan ekonomi mula pulih. Pengurangan individu ini menunjukkan keadaan ekonomi kita semakin baik dan mereka juga ke arah pengurusan kewangan yang baik,” katanya.

Setakat Oktober lalu, sebanyak 423 kes membabitkan pinjaman berjumlah kira-kira RM12 juta berjaya diselesaikan AKPK, berbanding 143 kes dengan jumlah pinjaman RM3.7 juta pada tempoh sama tahun lalu.

“Kami menyelesaikan kira-kira 40 kes sebulan bayaran balik pinjaman kepada bank kerana kebanyakan yang mengikuti PPK sudah mampu menyelesaikan pinjaman lebih awal daripada tempoh maksimum 10 tahun yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata, mereka yang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan adalah kumpulan paling teruk terjejas dengan masalah kewangan, mewakili kira-kira 40 peratus daripada 50,361 individu yang menyertai PPK.

Katanya, AKPK yang ditubuhkan sejak April 2006 setakat ini menganjurkan lebih 520 taklimat berhubung pengurusan kredit di seluruh negara

Sumber; Berita Harian, 22 Nov 2010



Jika anda bijak dan menyertai plan eTiQa Takaful , anda tak perlu keluarkan semua duit simpanan anda untuk menanggung kos rawatan di hospital kerana.. eTiQa yang akan membantu kos rawatan perubatan anda di hospital.

Saturday, January 1, 2011

Etiqa Pilihan Terbaik Anda

Anugerah Bank Takaful Terbaik

Syarikat Takaful paling cemerlang
Etiqa Takaful diiktiraf dunia
Terima Anugerah Antarabangsa



Etiqa catat perolehan tertinggi
Etiqa Takaful rangkul Anugerah Takaful Antarabangsa




Anda pun boleh jadi Jutawan

Bukan sahaja anda menyimpan wang setiap bulan dan membuat pelaburan untuk tempoh beberapa tahun, tetapi anda akan juga akan dapat perlindungan dari Takaful  (kemalangan , Penyakit Kritikal ,keilatan kekal dan Kad Perubatan). Sertai eTiQa Takaful sekarang!






Kejayaan anda bermula dari langkah pertama...
Jika tidak bertindak hari ini, anda akan menyesal di kemudian hari..

Jom sertai eTiQa...

         Simpanan dan Perlindungan Takaful ,
         Jaminan Kewangan anda selepas bersara,
         Peruntukan Kewangan untuk pendidikan anak-anak anda
         Jaminan Perubatan untuk penyakit kritikal serta kemalangan 
Pelaburan Kewangan anda untuk kegunaan masa depan.


Al Qur'an

Listen to Quran
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More