Tuesday, January 11, 2011

Etiqa sasar kutipan premium meningkat 15 peratus tahun ini

Etiqa sasar kutipan premium meningkat 15 peratus tahun ini

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Etiqa Takaful Bhd. (Etiqa) menyasarkan jumlah kutipan premium meningkat 13 hingga 15 peratus pada tahun ini berikutan peningkatan kesedaran terhadap takaful termasuk di kalangan pelanggan Melayu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shahril Azuar Jimin berkata, pihaknya optimis untuk mencatat peningkatan tahun ini.
Pada tahun lalu, Etiqa mencatat premium sebanyak RM2.4 bilion.
Shahril Azuar menjelaskan, pada 10 tahun lalu hanya 3.5 peratus orang Melayu berminat terhadap takaful tetapi jumlah itu melonjak kepada tujuh pada hari ini.
"Faktor lain yang dikenalpasti adalah peningkatan jumlah agen di seluruh negara yang kini mencecah seramai 22,000 orang," katanya selepas majlis pelancaran Takaful Keluarga oleh Bank Rakyat di sini hari ini.
Shahril Azuar berkata, Etiqa merupakan peneraju bagi pasaran takaful dengan menguasai lebih 48 peratus pasaran tempatan dan berusaha meningkatkannya dari tahun ke tahun.
Katanya, antara strategi pemasaran yang digunakan Etiqa adalah melancarkan produk baharu yang kompetitif dan mengadakan kerjasama strategik dengan beberapa buah bank.
"Hari ini kami bekerjasama dengan Bank Rakyat bagi melancarkan tiga produk Takaful Keluarga dan yakin produk ini dapat memberikan keuntungan kepada kedua-dua pihak.
"Bank Rakyat merupakan antara rakan perniagaan terbesar Etiqa dengan merekodkan lebih RM300 juta premium setahun," jelasnya.

Sumber: Utusan 12 Jan 2010

0 comments:

Post a Comment

Al Qur'an

Listen to Quran
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More