Thursday, January 6, 2011

Had Insurans kini RM250,000

Had insurans kini RM250,000

KUALA LUMPUR 30 Dis. - Cadangan had insurans sebanyak RM250,000 bagi setiap pendeposit telah diluluskan oleh Parlimen di bawah Rang Undang-Undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) 2010 yang baharu.
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) dalam kenyataannya berkata, dengan kelulusan itu had RM250,000 bagi setiap pendeposit di setiap bank ahli akan menyediakan perlindungan sepenuhnya bagi 99 peratus pendeposit runcit.
Rang Undang-Undang tersebut berkuat kuasa mulai 31 Disember 2010, sekali gus menggantikan Akta PIDM 2005.
Dengan adanya Rang Undang-Undang itu, ia turut meluaskan mandat, peranan dan tanggungjawab PIDM serta memberi kuasa dan instrumen yang lebih besar kepada perbadanan bagi memenuhi mandat melindungi pendeposit sekiranya berlaku kegagalan institusi ahli.
Malah, di bawah Rang Undang-Undang baharu itu, deposit dalam mata wang asing juga layak untuk mendapat perlindungan insurans deposit.
Had insurans ditambah bagi melaksanakan pakej perlindungan konsumer kewangan yang diperkukuhkan, juga merangkumi mandat PIDM bagi mentadbir Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans.
Sistem itu merupakan sistem perlindungan kerajaan yang eksplisit dan terhad bagi manfaat takaful dan insurans dan secara amnya, akan ditadbir mengikut pendekatan sama yang diperuntukkan bagi sistem insurans deposit yang sedia ada.
Syarikat insurans berlesen dan pengendali takaful berdaftar akan menjadi institusi ahli PIDM secara automatik.
Rang Undang-Undang itu turut merangkumi kuasa bagi PIDM melaksanakan intervensi atau resolusi terhadap ahli penginsurans yang bermasalah serta memastikan pembayaran balik dengan segera kepada pihak penuntut di bawah sijil takaful atau polisi insurans yang dilindungi di bawah Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans.

Sumber: Utusan ,31 Dec 2010

0 comments:

Post a Comment

Al Qur'an

Listen to Quran
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More