Monday, January 3, 2011

Penjawat awam mangsa banjir boleh tuntut insurans

Penjawat awam mangsa banjir boleh tuntut insurans
2010/11/10

KUALA LUMPUR: Mangsa banjir di Kedah dan Perlis daripada kalangan penjawat awam yang mempunyai pinjaman perumahan dinasihat supaya mengemukakan tuntutan insurans bencana alam kepada panel insurans masing-masing.

Perbendaharaan Malaysia, dalam kenyataan hari ini, menyatakan tuntutan insurans itu meliputi kerosakan struktur bangunan iaitu dinding, lantai, atap, siling dan sebagainya, pecah rumah dengan tujuan mencuri semasa banjir dan tangki air pecah.
Menurut kenyataan itu, kecederaan orang awam iaitu pihak ketiga akibat kemalangan dalam rumah, perbelanjaan hotel atau rumah sewa dalam tempoh baik pulih yang tidak dapat didiami dan kehilangan pendapatan sewa rumah kerana tiada penyewa dalam tempoh rumah dibaiki atau enam bulan yang mana terdahulu juga boleh dituntut.
"Tuntutan boleh dibuat dengan mengisi borang yang telah ditetapkan bersama dokumen yang perlu dilengkapkan bagi prosedur tuntutan," menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat dan bantuan mengenai tuntutan, mangsa diminta terus berhubung dengan panel insurans yang melindungi pinjaman masing-masing.

Panel insurans itu ialah Etika Insurans dan Takaful
cawangan Kangar (04-9761106);
cawangan Alor Setar (04-7315440);
cawangan Sungai Petani (04-422643);
CIMB AVIVA cawangan Utara di Pulau Pinang (04-2288018);
atau talian terus 03-26928188;
Takaful Malaysia cawangan Alor Setar (04-7334722);
cawangan Sungai Petani (04-4214510);
Pusat Khidmat Pelanggan di Kuala Lumpur
(Encik Nor Arisfazlee Saat-1300-8-TAKAFUL (8252385) atau email csu@takaful-malaysia.com.my.

Bagi Takaful Ikhlas di Putrajaya, mangsa banjir boleh menghubungi Roslina Daud (03-88903100) atau Mohd Farhey Mohamad Taufik di Sungai Petani (04-4228100).
Bahagian Pinjaman Perumahan meminta mangsa yang terbabit segera mengemukakan tuntutan untuk mempercepatkan proses pembayaran pampasan.

Maklumat lanjut boleh dilayari di laman web www.bpp.treasury.gov.my. - BERNAMA

Sumber: Berita Harian 10 Nov 2010

0 comments:

Post a Comment

Al Qur'an

Listen to Quran
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More