Saturday, January 22, 2011

Ringgit Kukuh Kerana Keyakinan Pelabur


Ringgit kukuh kerana keyakinan pelabur
Keyakinan besar pelabur terhadap ekonomi Malaysia yang semakin meningkat sejak enam bulan lalu membawa kepada pengukuhan nilai mata wang ringgit, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

Beliau berkata, pengukuhan kewangan negara dilihat stabil sejak tahun lalu apabila negara memperoleh jumlah pelaburan yang paling tinggi daripada sumber dan produk Amerika Syarikat.

"Ekonomi negara beransur pulih walaupun sebahagian besar negara di dunia termasuk Amerika Syarikat dan di Eropah masih bergolak dalam penstukturan ekonomi mereka...ada di antara negara tersebut yang masih gagal menangani hutang kerajaan, menangani masalah pengangguran dan terpaksa memotong gaji kakitangan kerajaan sehingga 20 ke 30 peratus bagi mengatasi masalah itu.

"Negara bukan sahaja pulih ekonomi tapi satu-satunya negara mempunyai kemampuan taktik baru untuk laksanakan transformasi ekonomi menuju 2020 iaitu negara berpendapatan tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Surau Gerbang Meru Indah di Ipoh.

Beliau berkata, ringgit yang semakin kukuh disifatkan sebagai jentera memacu Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi seperti yang dihasratkan kerajaan menjelang 2020.

Ahmad Husni berkata, transformasi yang dirancang itu menarik keyakinan pelabur untuk melebarkan sayap ke Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

"Dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat di pasaran Asia, kewangan nilai mata wang negara kini berada pada kedudukan yang stabil...ini turut merangsang kedudukan itu apabila negara-negara besar dunia yakin dengan perubahan struktur terbabit yang juga dilihat dapat membantu memulihkan ekonomi mereka," katanya.

Beliau berkata, perkembangan rantau Asia yang kini menjadi pusat pertumbuhan ekonomi dunia juga turut menyumbang kepada pengukuhan ringgit.

Katanya, “perubahan itu turut memanfaatkan rakyat secara menyeluruh di dalam misi Malaysia untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, “

- Bernama

1 comments:

Post a Comment

Al Qur'an

Listen to Quran
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More