Tuesday, February 22, 2011

Etiqa Takaful sasar jadi peneraju peringkat global

Etiqa Takaful sasar jadi peneraju peringkat global
KUALA LUMPUR 20 Feb. - Etiqa Takaful Bhd. (Etiqa Takaful) kini meletakkan sasaran untuk menjadi peneraju industri takaful di peringkat global selepas ia berjaya menguasai pasaran tempatan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shahril Azuar Jimin berkata, untuk itu Etiqa Takaful perlu terus menyediakan produk dan perkhidmatan yang mudah bagi membolehkan lebih ramai pelanggan menyertai pelan-pelan takaful dan menerima manfaat serta perlindungan.
Menurut beliau, strateginya itu adalah seiring dengan perjanjian jenama Etiqa untuk menginsankan insurans dan takaful.
''Etiqa Takaful akan terus membawa perbezaan kepada industri dengan mempermudahkan pemahaman produk, penyertaan pelan takaful daripada segi operasi dan proses.
''Antara kelainan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Etiqa Takaful ialah menawarkan tunai sebanyak RM1,000 serta-merta untuk perbelanjaan kematian kepada para peserta dan tuntutan tanpa dokumen melalui pusat panggilan Etiqa Online,'' katanya kepada Utusan Malaysia.
Tambahnya, kelainan itu perlu di kalangan pengendali takaful memandangkan jumlah pengendali semakin bertambah, sekali gus mewujudkan persaingan.
Berikutan itu, sebagai peneraju pasaran dengan 48 peratus pegangan dalam pasaran takaful tempatan, Etiqa Takaful mahu membawa industri tersebut ke tahap lebih tinggi.
Dalam pada itu, Shahril Azuar berkata, meskipun industri tersebut menyaksikan pertumbuhan setiap tahun namun ia masih berhadapan dengan kekurangan tenaga kerja berpengalaman dan berpengetahuan dalam takaful.
Kekangan itu membabitkan dari aspek teknikal seperti operasi, syariah dan pembangunan produk.
''Kekurangan ini memberi kesan kepada para pengendali untuk menawarkan produk dan perkhidmatan inovatif dan kompetitif.
''Ini akan menyebabkan semua pengendali takaful menyasarkan produk dan perkhidmatan kepada kumpulan yang sama dan tidak dapat meluaskan pasaran kepada golongan lain yang memerlukan perlindungan lebih kompleks atau berlainan,'' tambah beliau.
Beliau berkata, industri takaful juga sedang berhadapan dengan sifat ragu-ragu di kalangan orang ramai akibat tidak memahami akan kepentingan takaful hingga menyebabkan mereka tidak berminat untuk menyertainya.
Mengulas mengenai peyertaan orang Melayu, Shahril Azuar berkata, penyertaan dan permintaan daripada golongan itu semakin meningkat.
''Bagaimanapun ada ramai lagi orang Melayu yang berasa ragu-ragu dengan takaful kerana khuatir apabila tiba masanya, mereka tidak mendapat manfaat ataupun tuntutan seperti yang dikehendaki.
''Disebabkan kekurangan pemahaman dan keraguan ini, mereka meletakkan kepentingan mendapatkan perlindungan takaful sebagai keperluan terakhir dalam kehidupan.
''Ini amat merugikan kerana manfaat yang boleh diterima melalu pelan-pelan takaful adalah betul-betul berguna terutama diwaktu ditimpa musibah,'' katanya.
Utusan , 21 Feb 2011

Saturday, February 19, 2011

Negara raih pertumbuhan ekonomi 7.2 peratus 2010

Pemulihan sektor pembuatan, perkhidmatan dorong kenaikan

KUALA LUMPUR: Negara mencatat pertumbuhan ekonomi lebih baik daripada jangkaan enam peratus bagi 2010, iaitu sebanyak 7.2 peratus, tertinggi sejak 2000, susulan pemulihan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, selain sektor eksport dan import yang semakin cergas.

Bank Negara Malaysia dalam satu kenyataan semalam berkata, pertumbuhan ekonomi negara pada tahun ini pula akan dipengaruhi faktor pemulihan ekonomi global yang dijangka terus tidak sekata.
Ahli Ekonomi Kanan AmInvestment Bank, Manokaran Mottain, berkata angka pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) itu mengatasi jangkaannya sendiri, iaitu sebanyak 4.6 peratus.

“Kami menjangkakan pertumbuhan perlahan disebabkan keadaan sektor luaran dan percaya keadaan ini akan berterusan untuk satu hingga dua suku lagi sebelum memantul semula kepada enam peratus
pada separuh kedua.

“Pemangkin kepada pemantulan semula itu adalah perbelanjaan kerajaan yang lebih besar selepas Jun, kebanyakannya daripada Program Transformasi Kerajaan. Saya juga menjangkakan pemulihan daripada eksport, manakala perbelanjaan swasta kekal stabil,” katanya.

Ahli Ekonomi Kenanga Investment Bank, Wan Suhaimie Wan Saidie, berkata pertumbuhan pada suku keempat yang kukuh adalah di luar jangkaan, tetapi menuju ke depan, ia bergantung kepada prestasi eksport.
“Memandangkan ekonomi Amerika Syarikat (AS) semakin baik daripada jangkaan, ia akan membantu, tetapi ekonomi Eropah mungkin jadi penghalang,” katanya.
Ahli Ekonomi Affin Securites, Alan Tan, pula berkata beliau menjangkakan momentum pertumbuhan yang perlahan pada separuh pertama tahun ini berikutan persekitaran luaran dan pertumbuhan sangat kukuh pada separuh pertama 2010.

“Kami menjangka ia kembali melonjak pada separuh kedua tahun ini dengan dijangkakan pertumbuhan sekitar lima peratus pada 2011. Kami juga menjangka Bank Pusat tidak akan menaikkan kadar faedah pada mesyuaratnya Mac ini, sebaliknya menaikkan kadar keperluan rizab sebagai alat polisi alternatif,” katanya.

Mengulas pertumbuhan ekonomi tahun lalu, Datuk Seri Najib Razak berkata, pencapaian ekonomi Malaysia itu menunjukkan tindakan diambil kerajaan bagi mengatasi kemelut ekonomi global, membawa hasil menggalakkan sehingga dapat mencapai pemulihan ekonomi mampan.

Perdana Menteri berkata, pertumbuhan ekonomi tahun lalu bukanlah pemulihan ekonomi yang sederhana, malah satu pertumbuhan yang kukuh dengan momentumnya turut dirasai pada tahun ini.

“Saya harap kita dapat mencapai sasaran enam peratus tahun ini, walaupun cabarannya tentu sekali amat besar sebab bila ekonomi kita terus berkembang, peningkatan selanjutnya akan lebih mencabar daripada tahun-tahun sebelumnya,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kadar pertumbuhan itu.

Pada tahun lalu, sektor pembuatan mengalami pertumbuhan ketara sebanyak 11.4 peratus berbanding penguncupan 9.4 peratus pada 2009, manakala sektor perkhidmatan meningkat 6.8 peratus berbanding 2.6 peratus pada 2009.

Sektor pertanian pula meningkat 1.7 peratus berbanding pertumbuhan kecil 0.4 peratus tahun sebelumnya. Sektor pembinaan mengalami penurunan pertumbuhan kepada 5.2 peratus tahun lalu berbanding 5.8 peratus pada 2009.

Sektor perlombongan dan kuari pula melantun 0.2 peratus daripada penguncupan 3.8 peratus pada 2009.

Ekonomi negara berkembang 4.8 peratus pada suku keempat tahun lalu susulan pertumbuhan 5.3 peratus pada suku ketiga, 8.9 peratus pada suku kedua dan 10.1 peratus pada suku pertama untuk membolehkannya mencatatkan pertumbuhan 7.2 peratus bagi keseluruhan tahun lalu.

Berita Harian, 19 Feb2011

Friday, February 4, 2011

Simpanan , Perlindungan dan Pelaburan

Setiap dari kita mempunyai pendapatan sendiri sama ada bekerja kerajaan, swasta atau kerja sendiri seperti terlibat dalam perniagaan , pertanian dan perladangan, industri kecil dan sederhana (IKS) dan lain-lain lagi. Pendapatan yang kita perolehi setiap hari, setiap bulan atau setiap tahun hendaklah sebahagiannya disimpan dalam institusi kewangan/bank yang sah dan terjamin untuk jaminan kewangan masa depan.

Kenapa kita perlu membuat simpanan?
-Membeli kereta dan rumah
-Merancang untuk masa depan anak-anak/ keluarga
-Melancong
-Menunaikan haji/ umrah
-Merancang untuk kesenangan hidup semasa bersara
-dan banyak lagi



"Berapa banyak pendapatan yang kita dapat tidak begitu penting, tetapi berapa banyak yang kita simpan  lebih penting dan mustahak."
           Fikir-fikirkanlah..

Di eTIQa, bukan sahaja anda membuat simpanan secara tetap setiap bulan, tetapi anda akan dilindungi dari segi pampasan kewangan jika peserta mengalami kemalangan, keilatan kekal, penyakit krikal dan kematian (untuk waris peserta ).

Untuk maklumat lanjut; 
hubungi perunding eTiQa terdekat anda sekarang.

Perunding eTiQa
Shahril


Al Qur'an

Listen to Quran
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More