Sunday, April 3, 2011

Dunia ini di penuhi dengan empat golongan.


Sebagaimana amanat Rasullulah S.A.W yang disampaikan dalam satu Hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabrani dari isteri baginda Saidatina Aisyah (r.a) di mana baginda menegaskan yang maksudnya dalam ungkapan bahasa kita;
“Aku bersumpah akan tiga hal: akan aku sampaikan kepada kamu tentang hal tersebut, kemudian jagalah baik-baik:
-Tidak akan berkurang harta seseorang kerana sedekah.
-Tidak ada seorang pun teraniaya tetapi sabar menerimanya (segala dugaan hidup) melainkan Allah menambah kemuliaan baginya, dan
-Tiada seorang pun yang membuka pintu permintaan (mengemis) melainkan Allah bukakan baginya pintu kemelaratan.
“Kemudian akan ku sampaikan untukmu satu berita , jagalah baik-baik, sesungguhnya isi dunia ini diperuntukkan empat golongan:
Pertama:
Orang yang dikurniakan Allah akan harta dan ilmu, kemudian dengannya ia bertakwa kepada Allah dengan menyambung kasih sayang(silaturrahim). Hal ini ia lakukan dengan kesedaran bahawa hartanya itu adalah milik Allah semata-mata. Inilah seutama-utama tingkatan.
Kedua:
Orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu tetapi tidak dikurniakan harta, sedangkan ia memiliki niat yang jujur lantas mengatakan ‘Andaikata aku juga memiliki harta benda nescaya akan aku lakukan seperti yang dilakukan oleh sipolan. Maka bagi orang tersebut dengan niatnya itu mendapat kebajikan yang serupa.’
Ketiga
Ialah orang yang dikurniakan oleh Allah harta, tetapi tidak dikurniakan ilmu sedangkan ia sentiasa membelanjakan hartanya tanpa perhitungan. Hartanya tidak membawa ia ke arah taqwa kepada Allah SWT dan tidak juga berusaha menyambung tali kasih saying (silaturrahim), ia tidak sedar bahawa hartanya itu milik Allah jua.Golongan ini adalah senista-nista tingkatan.
Adapun yang dimaksudkan dengan ilmu disini ialah ilmu agama yang memimpin manusia untuk kebajikan dirinya dan orang lain.Oleh itu barang siapa dikurniakan harta dan juga ilmu tetapi ilmunya tidak dapat menolongnya ianya bertakwa kepada Allah maka termasuk juga dalam golongan ketiga ini.
Keempat
Ialah orang yang tidak dikurniakan Allah harta mahupun ilmu, dia hanya dapat berdoa. ‘Andaikata aku memiliki harta mahupun ilmu akan ku kerjakan seperti yang dikerjakan oleh sipolan’, maka baginya dengan niatnya itu timbangannya adalah sama.’
Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, setiap insan sebenarnya telah Allah kurniakan sama ada harta ataupun ilmu, tinggal lagi usaha manusia itu sendirilah yang dapat mencorakkan dirinya untuk sama-sama bergerak dan berusaha di manakah perhentian atau tempat ia berlindung dalam salah satu kelompok manusia yang telah disebutkan oleh Rasullulah s.a.w itu. Mohonlah petunjuk dan hidayah dari Allah swt. Dengan hati nurani yang suci bersih, mudah-mudahan kita semua beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.

Di petik dari buku Senjata Ketuhanan, susunan Imanul Mukhlis





0 comments:

Post a Comment

Al Qur'an

Listen to Quran
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More